Tuesday, March 9, 2010

PUTERA PUTERI PRA SK BUKIT GAMBIR

Sunday, March 7, 2010

MATLAMAT KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN


Pendidikan prasekolah bertujuan memeperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yangmenyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Thursday, March 4, 2010

PENDIDIKAN PRASEKOLAH


PERANAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah berperanan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.Image
RASIONAL
Pendidikan Prasekolah adalah satu program untuk membantu kanak-kanak daripada
keluarga miskin mendapat pendidikan awal. Oleh yang demikian, pendidikan awal
kanak-kanak yang berkualiti dan terselaras adalah penting bagi perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh dan merupakan salah satu strategi awal untuk
sumber manusia yang lebih kreatif, berdisiplin dan produktif
untuk mengisi kehendak wawasan 2020.
OBJEKTIF